Want your
own Fotopage?








 
TERAJU - KELUARGA CONTOH TERBAIK MALAYSIA

By: WARISAN BERWAWASAN

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  >  >>]    [Archive]
Monday, 4-Oct-2010 15:57 Email | Share | | Bookmark
SILATULRAHIM AIDIFITRI - Rumah Terbuka Aidilfitri TERAJU 2010

 
 
 
 
 
 
 
 
 
View all 58 photos...

























SILATULRAHIM AIDIFITRI - Rumah Terbuka Aidilfitri TERAJU 2010
Tarikh: 2 Oktober 2010 (23 Syawal 1431)
Tempat: Rumah Adat, Taman Suntex, Cheras Selangor
Foto: Daeng Munajat, Azmeer Sophian dan Zainal Abidin Rajuddin

TERAJU dengan bangganya sekali lagi berjaya mengadakan Majlis Silatulrahim Aidilfitri 2010 - Rumah Terbuka. Seperti di tahun-tahun lepas, lokasi majlis ini dipilih di rumah Almarhum Hj Rajuddin/Kamisah (rumah adat). Begitu juga hidangan makanan telah disumbang oleh ahli TERAJU sendiri (pot-luck). Inilah masanya peluang ahli TERAJU dapat berkumpul bersama sambil menjalinkan tali silatulrahim dan bermaaf-maafan di bulan yang mulia ini. Banyak makanan seperti nasi minyak, lontong, rendang, meehoon goreng, pulut jagung, ayam panggang, laksa, rojak buah, aiskrim, kuih muih dan lain-lain. Bermula pada pukul 3 petang dan berakhir kira-kira pukul 9 malam, majlis ini dihadirin oleh tetamu, saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai serta ramai ahli TERAJU sendiri.
Dengan khemah yang disewa, bunting TERAJU serta hiasan dari sumbagan ahli TERAJU kelihatan majlis ini meriah dangan tetamu yang datang sambil bersalaman ucapan Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin.
Kepada semua tetamu, TERAJU mengucapkan terima kasih kerana sudi menjayakan majlis ini. Begitu juga kepada semua warga TERAJU, diucapkan jutaan terima kasih kerana berjaya mengadakan majlis ini dengan sumbangan makanan, minuman, wang ringgit dan tenaga. Semoga matlamat kita mengadakan majlis ini, menjalinkan tali silatulrahim sambil bermaafan di bulan Syawal yang mulia ini tercapai.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin - TERAJU

TERAJU mengalu-alukan komen dari anda dengan menulis dibawah ini, terima kasih.

cepat-cepat kumpul duit kahwin dan langsungkan perkahwinan..
Kalu tak cukup duit nak buat kahwin, jangan risau, boleh gi website
http://www.maskahwin.com/index.php?ref=arin465

harap-harap dapat membantu.
Bye!
Thu 7-Oct-2010 13:53
Posted by:Tumpang Iklan  - [Link]
It is known that cash makes us independent. But what to do when someone does not have money? The one way only is to receive the personal loans and sba loan. Thu 8-Dec-2011 11:47
Posted by:loan  - [Link]
Add comment


Saturday, 11-Sep-2010 19:58 Email | Share | | Bookmark
AIDILFITRI 2010

KAD RAYA TERAJU
 
 
 
 
 
View all 45 photos...






















SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2010

Foto: Sophian (Yan), Syamil, Trisya dan Zainal Abidin

TERAJU mengucapkan kepada semua muslimin dan muslimat, khususnya warga TERAJU yang kita sayangi dan pembaca walau dimana anda berada, Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin.
Aidilfitri tahun 2010 kami sambut lebih meriah dari tahun2 lalu. Alhamdulillah kita dapat berjumpa sekali lagi di bulan yang mulia ini dengar semangat kekeluargaan sambil mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin. Aktiviti ziarah menziarahi patut kita kekal dan bangakan demi mengeratkan talisilatulrahim diantara kita seperti yang dituntut oleh agama Islam kita. Di Lembah Kelang contohnya, TERAJU telah mengadakan acara ziarah Syawal dari rumah ke rumah sesama TERAJU. Dari Suntex ke Kelana Jaya, ke Kepong, ke Puchong, ke Senawang, juga ke Sekinchan. Anak-anak kecil pastinya menanti duit raya dari ibu bapa dan pakcik makcik semua. Hidangan dirumah seperti dijangka ialah ketupat, lemang, rendang, soto dan bermacam2 lagi. Seperti biasa apabila kita berjumpa seperti ini, kita bergabung dengan semangat kekeluarga dengan penuh harmoni gelak ketawa sesama kita.
Alhamdulilah, TERAJU juga berjaya mengumpulkan anak cucu balik ke kampung halaman dengan satu tujuan, meraikan hari yg mulia ini, baik di Sekinchan atau pun di Sungai Bakap.
TERAJU sangat gembira melihat perkembangan keakraban diantara kita sambil ziarah menghormati orang tua. Mudah-mudahan kita semua akan kekal begini demi keharmonian keluarga, anak cucu kita di masa hadapan.
Sekian..

Sudilah kiranya anda mencoretkan kata2 anda di ruangan di bawah ini. Terima kasih.

selamat hari raya maaf zahir dan batin dr ain sekeluarga...cantik gmba2 dlm ni ..anjangenal upload lagi dlm Album face book ain pun byk lagi gamba... Wed 15-Sep-2010 08:44
Posted by:ain
selamat hari raya semua...seronok tengok senyuman2 dalam gambar2 ni..keep smile TERAJU... Wed 15-Sep-2010 17:33
Posted by:kentang
Bestnya tengok semua beraya dan ziarah dari rumah ke rumah...... sorry lah kami x sempat nak join the ziarah......kita jumpa di Open House TERAJU di Suntex ya..... Maaf Zahir Batin Thu 30-Sep-2010 07:30
Posted by:Ella
View all 4 comments Add comment


Saturday, 4-Sep-2010 05:40 Email | Share | | Bookmark
MAKAN BESAR MERIAH - Buka Puasa TERAJU 2010

Rajinnya semua di dapur..
Tukang bakar ke tukang mandor?
Yg tukang bakarnya sikit, penyibuk yg ramai
View all 37 photos...
















Acara Berbuka Puasa - TERAJU 2010 (pot-luck)
28 Ogos 2010
Di Rumah Pak Ayoi/Umi Rozy

Foto: Munajat, Azmeer Sophian dan Zainal Abidin

Bulan Ramadan kali ini TERAJU tetap mengadakan acara Majlis Berbuka Puasa (Sepertinya acara tahunan) pada tarikh dan tempat tersebut di atas. Ramai ahli TERAJU telah datang beramai dengan membawa makanan masing (pot-luck) . Ada yang membawa rendang, kari, ikan bakar, pelbagai lauk pauk, bubur lambok, kuih muih, buah-buahan, ais krim dan bermacam2 lagi

Acara ini memang melihatkan TERAJU begitu mesra sesama kita bila berjumpa sambil mengeratkan tali silatulrahim. Inilah eset yang kita punyai selain bekerjasama menjayakan sesuatu acara seperti ini. Ramai ahli yg datang dari sejauh Johor Baru, Kuantan, Penang, Sekinchan dan sekitar lembah Kelang telah datang dengan semangat kekeluargaan yg jitu.

Seperti biasa, bila TERAJU berkumpul, babies akan menjadi bahan tarikan yg kuat terutama sekali baby kembar. Memang gearam siap yg melihat semua babies tu.

Selain acara berbuka puasa, kita juga telah menyaksikan acara memotong kek hari lahir Arissa, Meera dan Elem. Kepada semua mereka TERAJU mengucapkan Selamat Menyambut Hari Lahir, semoga dilimpahkan rezeki, aman dan bahagia, serta sukses di dunia dan akhirat, amin. TERAJU Juga telah mengadakan Mesyuarat AJK Induk Hari Keluarga TERAJU 2010.

TERAJU ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pertamanya, penganjur acara ini, tuan rumah dan semua ahli TERAJU yg telah sudi datang menjayakan acara ini. Semoga bulan Ramadhan yg mulia ini memberi kita petunjuk dan hidayah serta mengeratkan justeri mengukuhkan lagi TERAJU. Selamat mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan ini dan Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin

Sekian Terima kasih, Kami mengalu-alukan sebarang komen dari anda dibawah ini.

Add comment


Monday, 2-Aug-2010 12:47 Email | Share | | Bookmark
MAJLIS BERZANJI, CUKUR JAMBUL DAN TAHLIL TERAJU 2010

No 1, Jln Harmoni, Tmn Harmoni Sekinchan
Tetamu undangan sekampung
5 pengantin bersedia untuk di cukur rambutnya
View all 27 photos...














MAJLIS BERZANJI, CUKUR JAMBUL DAN TAHLIL TERAJU 2010
Tarikh: 31 Julai 2010
Tempat: Kediaman sdr Helme/Fiza, Taman Harmoni, Sekinchan, Selangor

Pada hari ini, TERAJU sekali lagi telah mengadakan acara tahunan, tahlil sempena menyambut Ramadhan dan pada kali ini acaranya ditambah dengan acara berzanji dan mencukur rambut pada 5 orang bayi TERAJU. Adalah julung kalinya TERAJU mengadakan acara mencukur rambut bagi 5 orang bayi pada sekali gus. Bayi-bayi itu ialah Siti Maisara, Muhammad Khairul Asyraf, Nur Khalisah Atiqah, Siti Nur Farisya dan Elmie Zafran. Dilihat pada majlis ini, acara mencukur rambut adalah acara yang ditunggu-tunggu kerana memang jarang terdapat begini ramai bayi yang hendak dicukur. Tidak hairanlah ramai hadirin melihat acara ini dengan dekat.
Seramai lebih kurang 100 orang tetamu yang terdiri dari jamaah masjid, jiran tetangga dan ahli TERAJU telah memeriahkan majlis ini. Majlis yang bermula sejurus setelah waktu solat isya dan berakhir pada kira-kira jam 10.30 malam. Makanan yang dihidangkan pada kali ini agak berbeza dengan tahun-tahun lepas, sekali ini hidangannya ialah makanan Jawa 'nasi ambeng' yang ditempah khas dari tetangga. Pastinya enak sekali. Ummi Rozy pada malam itu telah menderma produk Nestle iaitu nescafe 3+1 dan mangkuk makan nayi kepada ahli TERAJU. Apa lagi, berebutlah macam anak ayam berebut makanan sambil ketawa.
Setelah majlis ini selesai, ahli TERAJU tidak melepaskan peluang dengan mengadakan mesyuarat AJK Induk Hari Keluarga TERAJU 2010 yang dipengerusikan oleh sdr Azizul.
TERAJU mengucapkan terima kasih kepada semua hadirin yang telah datang ke majlis ini, penyumbang wang ringgit & tenaga dan tidak lupa kepada tuan rumah, Sdr Helme dan Fiza yang menyediakan rumahnya untuk majlis ini. Kepada anda semua, TERAJU mengucapkan Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan Al-Mubaraq pada minggu hadapan.

Harap sudi mencoretkan komen anda di ruangan bawah ini. Terima kasih.

Pembetulan, Nur Maisarah la, bukan Siti Maisarah....... Hehehehehehe Fri 13-Aug-2010 04:00
Posted by:Umi Sarah
Maaf kepada semua terutama pada ibu bapa NUR MAISARAH kerana kesilapan yg tidak disengajakan, al maklumlah ramai sgt cucu sedara ni... Sat 4-Sep-2010 19:08
Posted by:Presiden teraju
ESET was established in 1992, ESET is a company located in bratislava, Slovakia, the enterprises and individual users of the global computer security software provider, its awards-winning products-NOD32 anti-virus software system, can according to various known or unknown viruses and spyware (spyware), rootkits and other malicious software for the computer system to provide real-time protection. ESET NOD32 occupies system resources at least, detects fastest, can offer the most effective protection, and than any other anti-virus products have obtained more Virus Bulletin 100% awards.
Fri 11-May-2012 15:03
Posted by:bitdefender internet security  - [Link]
Add comment


Monday, 5-Jul-2010 09:39 Email | Share | | Bookmark
SELAMAT ULANG TAHUN KE-10 TERAJU

 
 
TERAJU kini berusia 10 tahun (2000–2010) semoga TERAJU terus maju dan sukses




Add comment


Tuesday, 29-Jun-2010 17:52 Email | Share | | Bookmark
Seminar Kearah Menuju Kecemerlangan mengukir nama penganjur

 
 
 
View all 40 photos...

















Acara: Seminar “Kearah Menuju Kecemerlangan”
Tarikh: 13 Mac 2010
Tempat: Hotel Sri Klawang
Penganjur bersama: Hotel Sri Klawang & TERAJU

Hotel Sri Klawang dengan kerjasama TERAJU telah berjaya menganjurkan majlis Seminar “Kearah menuju Kecemerlangan” yang diadakan di Hotel Sri Klawang, Negeri Sembilan pada 13 Mac 2010. Seminar ini telah dihadiri oleh peserta kanak-kanak dari sekolah rendah dan menengah di sekitar bandar Sri Klawang dan Lembah Klang. Majlis ini telah berjaya diurus oleh satu team yang mantap dari TERAJU Junior. Syabas diucapkan kepada mereka, yang diketuai oleh sdr Azwan Rahimi Abd Rahman.
Sebagai aktiviti tanggungjawab sosial, pihak penganjur mengadakan seminar 1 hari ini yang bermula pada kira-kira pukul 9 pagi dan berakhir pada kira-kira pukul 5 petang. Seramai lebih kurang 45 orang peserta, termasuk beberapa orang dari ahli TERAJU, telah datang dengan dihantar oleh ibu bapa mereka. Ramai ahli TERAJU telah datang sehari sebelum seminar dan menginap di hotel Sri Klawang itu. Semua kos seminar termasuk tempat, makan & minum, penginapan dan sebagainya kepada peserta telah ditaja oleh pihak penganjur. Beberapa tenaga penceramah profesional telah tampil memberi khidmat sukarela pada seminar ini seperti penceramah dari luar Cikgu Shaari dan TERAJU seperti Hjh Zaharah, Sdr Aqeeb, Uztaz Alhafiz dan Abang Norazman.
Majlis penutup dengan pemberian sijil penyertaan dan cenderamata kepada penceramah telah disempurnakan oleh presiden TERAJU, sdr Zainal Abidin Rajuddin. Kepada penganjur, Hotel Sri Klawang dan TERAJU serta penceramah, aktiviti ini sangatlah dialu-alukan demi kecemerlangan generasi kita dimasa depan. Jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan patut diterima oleh penganjur. Harapan semoga usaha murni ini diberkati olehNya.

Thx tuk sume yg tlh menjaya kan program ni!
nxt time boleh wat lg.....
Wed 30-Jun-2010 05:12
Posted by:tuncai
Tahniah...buat teraju junior. Apa yg penting, peserta 'dpt' apa yg mereka kehendaki. Psttttt.. paling best dgn Ustaz Hafiz. Wed 30-Jun-2010 15:18
Posted by:Intan
Add comment


Tuesday, 8-Jun-2010 13:57 Email | Share | | Bookmark
PERCUTIAN & JEMPUTAN PERKAHWINAN - KE JAKARTA & BANDUNG, TERAJU

Ketibaan rombongan di airport Jakarta
Ain tandatangan buku pelawat Majlis Persiraman
Pengajian & Qasidah - Majlis Persiraman
View all 121 photos...










[/img]


PERCUTIAN & JEMPUTAN PERKAHWINAN - KE JAKARTA & BANDUNG, TERAJU
27-31 May 2010

Seramai 18 orang ahli TERAJU termasuk 4 orang bukan ahli, telah menjayakan acara ini. Percutian yang dianggap paling istimewa ini merangkumi acara shopping dan menghadiri majlis Persiraman Pengantin lelaki dan Majlis Persandingan selain acara wajib, shopping dan lawatan ke gunung berapi Tangkuban Perahu. Ramai diantara peserta ini adalah kali pertama pergi ke Jakarta / Bandung. Seperti dijangka, ramai peserta telah membeli belah dengan banyaknya kerana harga barangan seperti pakaian di sini murah jika dibandingkan dengan di Malaysia. Percutian ini tidak menjadi sempurna tanpa bantuan dan pertolongan dari Sdr Irwan, abang kepada pengantin lelaki. TERAJU mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau. Melihat dari gambar-gambar di sini, ternyata kami benar-benar enjoy dan pengalaman ini tidak boleh dilupakan. Selepas percutian ini, ada juga beberapa cadangan TERAJU akan membuat lawatan ke tempat lain pula. Tunguuu...

Klik untuk melihat 121 keping semua gambar dan
jangan lupa beri komen anda di bawah ini

percutian yang menarik...bukan je shooping tp leh tgk budaya org luar..pengalaman yg menarik..thanks alots kat iwan n family....pasni kite nk wat trip pi mane lagi pak jenal??hehe Wed 9-Jun-2010 06:27
Posted by:kentang
Add comment


Monday, 1-Feb-2010 00:40 Email | Share | | Bookmark
PRESIDEN TERAJU JUNIOR AKHIRNYA BERTUNANG

Pak Abu dengan rombongan lelaki
Salam Dilla pada bakal Mak Mertua
Mak Mertua menyarung cincin
View all 27 photos...












Tarikh: 30 Januari 2010
Tempat: Taman Puteri, Batu Pahat, Johor
Nama Tunangan: SITI NORFARADILLA BT MOHD TAHIR dengan Azwan Rahimi b Abd Rahman

Sdr Azwan Rahimi, Presiden TERAJU Junior kini menghampiri zaman akhir bujangnya. Pada 30 Januari (sabtu) yang lepas bertempat di kediaman ibu tunangannya di Taman Puteri, Batu Pahat Johor, berlangsung satu majlis meminang dan bertunang antara mereka. Sebanyak lapan buah kereta ahli TERAJU dan saudara-mara menyertai rombongan mewakili pihak lelaki ke Batu Pahat dari Kuala Lumpur, Seremban dan Jempol.

Majlis yang ringkas dan meriah itu bermula pada kira-kira pukul 2.30 petang dan berakhir pada kira-kira pukul 4.30 petang. Rombongan kami telah disambut dengan meriah. Acara bermula dengan Tn Hj Mohd Bostan selaku wakil kepada ibu/bapa Azwan membuka kata dengan hidangan tepak sireh dan menyatakan hajat untuk menyunting bunga di taman. Hajatnya diterima dengan senang hati oleh wakil pihak perempuan. Hj Mohd Bostan selanjutnya menyerahkan dua bentuk cicin (cincin merisik dan cincin pertunangan).

Apa yang lebih menarik pada hari itu ialah makanan yang dihidangkan, semuanya enak-enak belaka. Difahamkan ibu kepada tunangan ialah seorang tukang masak yang handal.. patutlah sedap..!

TERAJU mengucapkan setinggi tahniah kepada mereka berdua dan berdoa semoga jodoh mereka dipercepatkan, amin.

Lihat 26 lagi gambar dengan klik di atas
LEPAS BACA, SUDILAH BERI KOMEN ANDA. TERIMA KASIH

Aku dah agak dah.. mesti ada yg komen tentang tajuk artikel ni.. aku pulak Presiden TERAJU yg kena. Bila aku tulis tajuk berita ni, aku baca, semak berkali2, takut tertinggal perkatan Junior. -- PRESIDEN TERAJU. ada aku kisah..? Fri 5-Feb-2010 02:03
Posted by:Presiden teraju
tahniah president teraju... Fri 5-Feb-2010 11:43
Posted by:sepol
I think that to receive the <a href="http://lowest-rate-loans.com/topics/mortgage-loans">mortgage loans</a> from creditors you must present a great motivation. Nevertheless, once I've received a car loan, because I was willing to buy a house. Wed 31-Mar-2010 18:19
Posted by:EvansNanette32  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Sunday, 8-Nov-2009 05:35 Email | Share | | Bookmark
BOBOY BERTUNANG DENGAN IFFA

Barang hantaran dr pihak Boboy
Ramai juga ahli TERAJU yg datang
Terimalah barang2 ini dari kami dgn ikhlas untuk Iffa
View all 17 photos...
Acara: Majlis Pertunangan antara Boboy (Syafizal) dengan Iffa (Nurzatul Iffa bt Abd. Rahim)
Tempat: Di Kampung Kersang Jaya, Jasin Melaka (rumah ibu/bapa Iffa)
Tarikh: 7 November 2009
Waktu: Pukul 3 petang










Tarikh 7 November 2009 pasti tidak boleh dilupakan oleh Boboy kerana pada 1 hari sebelum tarikh itu (6 November 09) dia genap berumur 23 tahun. Sebagai hadiah hari jadinya yang paling berharga, Boboy bertunang dengan gadis pilihannya Iffa. Shafizal (Boboy) anak kedua sdr Zulkifli dan Suzana (Jean) telah melangsungkan majlis pertunangan dengan gadis dari Melaka yang bernama Iffa (Nurzatul Iffa bt Abd. Rahim). Pada tarikh itu rombongan TERAJU seramai 7 buah kereta telah ber'konvoi' menuju ke rumah ibu/bapa Iffa dari Suntex (rumah ibu/bapa Boboy). Turut juga bersama konvoi itu 3 buah kereta dari teman-teman Boboy dari KL. Rombongan bermula dengan berkumpul di rumah ibu/bapa Boboy di Taman Suntex pada kira-kira pukul 10 pagi. Sdr Hafis telah membaca doa selamat di rumah ibu/bapa Boboy sejurus sebelum berangkat dengan sajian makanan ringan. Rombongan berangkat pada kira-kira pukul 12 tengah hari dan berkumpul di tol Jasin/Merlimau sebelum berangkat ke rumah persingahan, ibu/bapa Man Intan di Jasin yang kebetulan berhampiran dengan rumah ibu/bapa Iffa. Setibanya rombangan kami di rumah ibu/bapa Iffa, kami telah disambut dengan meriah dan berlangsunglah upacara pertunangan itu. Keluarga ibu/bapa Boboy telah diwakili oleh sdr Rahman (bapa saudara Boboy) dan keluarga Iffa telah diwakili oleh bapa saudaranya. Sdr Rahman selaku wakil keluarga Boboy telah membuka kata dengan menawar sireh pinang sebagai adat Melayu dan menyampaikan hajat utama. Pihak keluarga Iffa dengan senang hati menerima peminangan dan bersetuju Iffa dan Boboy di tunangkan untuk sekian tempoh lamanya. Seperti biasa majlis sebegini diiringi dengan pertukaran beberapa dulang barang hantaran. Cincin pertunangan dari Boboy ke Iffa telah selamat disarungkan ke jari Iffa oleh Jean, ibu Boboy sendiri. Majlis berjalan sangat pantas, ringkas tetapi meriah. Rombangan kami telah dijamu dengan makanan nasi termasuklah lauk masakan asam pedas yang terkenal dari Melaka. Majlis bersurai pada kira-kita pukul 4.30 petang. Sebelum berangkat ke KL, rombongan sempat menjulurkan kaki di rumah persingahan (rumah ibu/bapa Man Intan). Kami berangkat pulang pada kira-kira pukul 5.30 petang.
Kepada Boboy, TERAJU mengucapkan setinggi tahniah diatas selamatnya majlis pertunangan ini, begitu juga kepada sdr Zulkifli dan Jean selaku ibu/bapa Boboy. TERAJU sentiasa mendoakan semua ahlinya berjaya dan bahagia mencapai cita-cita murni, justeru TERAJU berdoa agar Boboy dan Iffa bahagia dan cepat-cepat sampai jodoh mereka hingga ke jinjang pelamin nanti, amin. Kepada Sdr Zul/Jean, pastinya mereka sekeluarga sangat gembira menerima bakal menantu yang pertama ini. Keluarga Zul/Jean juga, mereka ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang dapat hadir, menjayakan dan memberi sokongan majlis ini.

tahniah boboy dan iffa.. ni jodoh dari hotel sri impian......bertuah jugak hotel tu..... Mon 9-Nov-2009 17:36
Posted by:sepol
Tahniah dari kami sekeluarga. Maaf tak dapat join sekali..Boboy, tunang berapa tahun? Jangan lama-lama sangat...nanti cepat basi...kehkehkeh
Tahniah kepada Auntie Jean dan Pak Idoi...bakal bermenantu la yek...
Fri 13-Nov-2009 04:17
Posted by:acu
tahniah boboy n iffa selamat bertunang....dr bayien.kak ani. aizad dan afif....sorry x dpt join ad hal kenduri kahwin kt tg karang
Mon 16-Nov-2009 03:10
Posted by:jebat@bayien
View all 10 comments Add comment


Sunday, 18-Oct-2009 13:01 Email | Share | | Bookmark
HOTEL SRI KLAWANG (jangan lupa beri komen & klik 46 foto lagi)

Dinner - Hotel Sri Klawang
Dinner - Coffee hse Hotel Sri Klawang
Tetap mantain Romantik
View all 46 photos...















HOTEL SRI KLAWANG
Tarikh: 17-18 Oktober 2009
tempat: Hotel Sri Klawang / Bandar Sri Klawang / Hulu Langat

Lepas selesai majlis Persandingan Hafis/Syidah, ramai ahli TERAJU telah menginap 1 malam di hotel Sri Klawang (Shaiful punya) di bandar Sri Klawang. Bestnya bila ahli TERAJU berkumpul. Memang tak terkejut bila ibu-ibu TERAJU serbu kedai pakaian di bandar Sri Klawang sebaik aja lepas menjejak kaki di hotel. "murah..." tak caya, tanya diaorang.. Lepas tu sempat juga pekena teh tarik dan makan2 sementara malam tu ada makanan disediakan di coffee house hotel. Purghhh... masakan di hotel tu memang first classs.. terangkat lah Chef kita tu.. (promo sikit hotel Sri Klawang ni..), tapi memang sedap masakannya, Helme bawa 3 ekor ikan siakap dimasak sweet-sour dan goreng cili.. memang best lahh. Tak caya pergi lah try. Pada malam tu juga kami berkaraoke di dataran hotel tu.. Bila teraju dah pegang mic, abis lahh.. bergilir2 sampai kul 11 mlm, Tak cukup lagi pekena teh tarik di warung luar.. purghh best punya weekend. Sapa tak datang rugi.... Besok paginya, kitorg pergi ke pasar tani, biasalahh.. ibu2 nak beli sayur kampung, Pasar tani tu kat sebelah bangunan Muzium Adat.. Ramai yg pergi, siap ada sorang mamat tu berlagak mcm teror cakap boleh nampak bender yg tak ternampak, keras tempat tu, kata dia, bebudak, apa lagi lah larii.. balik.. Tapi mamat (org luar) tu memang tak betul, ada yg belasah mamat tu, pas guard halau dia kluar..
Waktu balik ke KL, kami ikut jalan Hulu Langat, jalan lenggang sikit, singgah lak kat warung tepi sungai (kampung di Sungai Lui, Hulu Langat). Nak tau tak? warung tu jual 'Laksa Buyung' (laksa penang) yg memang KAW GILER.... kalah org penang buat oooohh, tak caya tak paa.. kuihteow dia pun bestt oooo, semuanya sedap lahhh. (ramai juga org singah makan kat situ) warung tu tul2 sebelah jalan dan Sungai Langat. Org tak pernah jumpa sungai pun apa lagi.. berendam lahh (kaki jer). Pas makan, kami balik lahhh. Weekend yg sangat enjoy... yg tak pergi tu gigit jari ajalah
HAHAA.. APA LAGI.. PAS BACA, BAGI LAH KOMEN kat bawah ni....

Memang best walaupun kepala ada pusing tgk jln yg berkona2. First time smpai hotel. Terkejut badak... lebih gah dari hotel Jasin. Makan pon sodap!!. Check in , check out sesuka hati je..TQ Along Sepol. Shopping memang murah kt kedai auntie cina tu, sampai dah kenal muka2 Teraju lebih2 lagi Auntie Jean. Sapa2 yg teringin nak mkn laksa buyung / mee , gi ke warung tu. memang sedap giler dan murahhhh..... Tue 20-Oct-2009 03:16
Posted by:Intan
best bangat ... walaupun poning palo den disbbkan jln yang berliku-liku ... tp enjoys ... shopping sakan ... mujur budget ngam-ngam ... hehehe ... kalu ada budget lbh mau abis bju kat kedai auntie tu ... siap ckp cina lg ... hahaha
apa2 pun thanks along sepol for the stay in hotel kuala klawang ... very comfortable ... makanan sodappppp ...
Tue 20-Oct-2009 05:51
Posted by:sue eron
Eiiii....bestnya tengok air sungai tu...mesti sejuk giler...nasib baik hala balik tak sama, kalau tak...memang den terojun...kena lak cuaca panas...eii....jelesnya....apa-apa pun...memang best pengalaman berkampung kat hotel sri kelawang...anak-anak buat macam kat rumah dia je...suka suka ati menjerit pas tu buat macam kampung dia ....thanx along sepol ngan man toya. tak segan kalau nak gi lagi....untuk ibu-ibu....auntie tu tengah menunggu je warga TERAJU datang....masyuk... Fri 23-Oct-2009 07:08
Posted by:acu
View all 6 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

web01.fp.pidgintech.com