Want your
own Fotopage?







 
TERAJU - KELUARGA CONTOH TERBAIK MALAYSIA

By: WARISAN BERWAWASAN

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 1-Dec-2008 05:06 Email | Share | Bookmark
TERAJU BERGHAYO KEK KAMPUNG - HARI KELUARGA TERAJU 2008

Logo Hari Keluarga TERAJU 2008
Selamat Datang TERAJU Ke KgStay (Warisan Homestay) - bunting tu.
20 buah kereta TERAJU tiba 'menyerang' Warisan HomeStay
Kami disambut meriah oleh tuan rumah dan penari2 traditinal
TERHARU -Sejarah dlm TERAJU, bagaikan pengantin disambut
Kumpulan Caklempong kampung itu menghiburkan kedatangan TERAJU
Warga TERAJU dijemput ke kemah yg disediakan - jamuan ringan
Ketibaan YB Dato' Ahli Parlimen Daerah Jempul turut raikan kami
Majlis dimulakan dengan dendangan lagu traditional
Presiden TERAJU, Sdr Zainal Abidin dijemput memulakan dgn ucapan
Dato' Lillah Yassin, Ahli Parlimen Daerah Jempul kagum pd TERAJU
Kami disajikan oleh tarian traditional oleh penari kg kanak2
Serta persembahan 'Bongai' oleh org lama di kg itu
YB sewaktu pulang sempat berbual dgn presiden TERAJU
Persembahan diteruskan dgn beberapa nyanyian
Nyah Enon bersalam dgn penyanyi tanda menghargainya
Beberapa tarian lagi dipersembahkan
Presiden TERAJU ditemubual oleh RTM untuk berita jam 6
Pasangan paling romantik di Malam Sekapur Sireh
Tidak kurang hebat pasangan magistrate ini..
Tidak ketingalan pasangan ini - dan semuanya happy
Mlm Sekapur Sireh dimulakan dgn opening persembahan 'makansireh'
Diikuti dgn nyanyian beramai2 lagu tema TERAJU
Sdr Shaiful selaku pengerusi H.Keluarga TERAJU '08 berucap
Nyah Bostan dan Enon diberi penghormatan merasmikan Malam itu
Persembahan karaoke dimulakan dgn nyanyian 'Joget Pahang'
Bukan AF shj yg ada pengkritik, kami juga ada pengkritik laser..
Abg Man pun hebat gak, tapi selipar dilempar oleh pengkritik :P
HEBAT -Persembahan yg ditunggu2, charkar2 oleh kanak2 TERAJU
Cabutan Paling Bertuah - Anil, kena vacum lah rumah dia
Pemenang puteri2 cilik TERAJU
Barisan Putera dan puteri cilik TERAJU
Pemenang pakaian terbaik, lelaki dan perempuan
Sekapur Sireh ditutup dgn tarian joget lambak
Champ dengan Ryan -pertandingan memakai pampers bayi
Kenapa Helme ketawa tu? cerita memancing mlm tadi tak abis ker?
pom pom girls dgn bertepuk dgn alat mainan kiri kanan
Pemenang pakaian terbaik, lelaki dan perempuan
Sekapur Sireh ditutup dgn tarian joget lambak
Kenang2an TERAJU di KgStay. NS
Champ dengan Ryan -pertandingan memakai pampers bayi
Kenapa Helme ketawa tu? cerita memancing mlm tadi tak abis ker?
pom pom girls dgn bertepuk dgn alat mainan kiri kanan
lari.............
senyum kerana menang ker kalah?
Lari rebut gula-gula
Syamil tu frust ker sebab kalah? lain2 happy jer
Zul, boling padang dgn buah kelapa..
pertama kali naik kereta tarik upih dlm pertandingan
beratnyerrrr....
Larr kenapa muka jadi mcm tu? hehehe
Yeahhhh.. kami juara...!! happy sgt
Ain mencuba mengacau deranan (dodol).. rasa sedap giler
TERAJU melihat bagaimana lomang (lemang) paneh (panas) dibakar
bestnya kalau dpt nginap di rumah kampung ni..
macam mana buaian ni ada kat hutan ni?
Laju.. buai ku laju. aku nak kawin dgn anak raja...
Ini kambing.... ooops salah, arnab lahh
Faris, Na dan Ilham di teratak tepi kolam ikan
Kami menang... penyampaian hadiah sukaneka
woooo juara wanita ker ni?
bestnya mandi kek sungai ni.. berondam yo
ramainya bini tok batin... bersantai tepi sungai
Tau tak, ada warga TERAJU tak berani naik jambatan gantung ni..
ramainya pengail.. dapat ikan ker?
Kanak2 pun nak cuba memancing, awas jgn sampai jatuh
serius betul Syafiq memancing...
Apa pandang2 ni? Masih tak dpt2 lagi ikan..
Cantiknya teratak 2 tingkat, boleh memancing lagi..
Jeti ni pun best gak tempat tuk memancing
Yeahh. Syafiq pengail yg termuda dpt ikan 2 ekor tilapia & keli
Boboy dgn tangkapannya ikan patin
Yan juga dgn patinnya
Ecal dgn hasil tangkapannya
Syadat dgn patinnya
Aizat juga tak kurang hebat
Usrah- dgn penceramah, Pak Cha
Syafiq & Trisya baca surah2 pendek dan terjemahan selepas usrah
Mesyuarat Agung TERAJU dgn barisan AJK
Antara yg hadir di Mesyuarat Agung itu
Acara korban lembu selepas solat raya, Nuri bantu melapah
Penari2 Kebudayaan
 
 

Acara: Hari Keluarga TERAJU 2008
Tarikh: 6-8 Disember 2008
Tempat: Kgstay (Warisan Homestay), Kg Padang Lebar, Batu Kikir. N.Sembilan


















Hari Keluarga TERAJU kali ini, memang terhebat pernah kami alami dengan sambutan yang diberikan oleh tuan rumah dan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Sembilan. Bermula pada 6 Disember 2008 kira2 pukul 3.30 petang di KgStay, warga TERAJU telah datang serentak dengan 20 buah kereta bersama 105 orang disambut dengan bunga mangar, penari2 tradisional berserta pukulan gendang tradisional di pintu masuk KgStay tersebut. Kami diarak ke kemah utama dimana sejurus itu Dato' Lillah bin Yassin, Ahli Parlimen Daerah Jempul (kawasan KgStay itu) tiba bagi memeriahkan acara yang dipanggil PROGRAM ZIARAH DAN IBADAH, program yang mengalakkan pelancongan bagi Negeri Sembilan. Ramai tetamu terhormat turut hadir, mereka ialah En Hishamuddin Mustafa, Pengarah Negeri Lembaga Pelancongan Malaysia, En Badrul Hisham Abd Rahman, Pengurus Besar Majlus Tindakan Pelancongan Negeri Sembilan, Ketua Kampung, pengusaha2 homestay di kawasan berdekatan, En Suhaimi, tuan rumah KgStay dan orang2 kampung. Kami dihiburkan dengan kumpulan tempatan yang membuat persembahan tarian dan nyanyian tradisional sambil minum petang. Terdapat beberapa media telah membuat liputan pada majlis itu, antaranya RTM, akhbar Sinar Harian dan Berita Harian. TERAJU bertambah hebat apabila Presiden TERAJU telah ditemubual oleh RTM dan temubual itu telah disiarkan pada Berita Jam 6 RTM 1 pada keesokan harinya. Sdr Zainal Abidin Rajuddin selaku presiden TERAJU telah dijemput memberi ucapan di majlis itu dimana beliau telah memperkenalkan TERAJU secara ringkas dan matlamat TERAJU mengadakan ziarah dan Hari Keluarga di KgStay itu. Sejurus itu Dato' Ahli Perlimen dalam ucapannya memuji TERAJU kerana dapat menyatukan keluarga dan merasa kagum atas semua aktiviti yang TERAJU adakan. TERAJU memilih KgStay di daerah ini bertujuan untuk mendedahkan ahlinya pada kehidupan kampung justeru dapat melakukan acara lawatan dan beribadah korban pada waktu yang sama dalam suasana kampung seperti KgStay ini. AJK Hari Keluarga yang bertemakan 'Berghayo Kek Kampung' ini sengaja memilih tema "Malam Sekapur Sireh" dan ahli TERAJU memakai pakaian tradisional membuat persembahan nyanyian dan tarian dari ahli TERAJU sendiri. Memang tidak dinafikan TERAJU mempunyai ramai bakat dan kami tidak lagi segan dan malu apabila berada diatas pentas kerana majlis seumpama ini sering kami adakan. Semangat gotong royong mengurus sesuatu persembahan dan mempunyai konfiden berada di khalayak ramai adalah hasil dari aktiviti ini. Persembahan Sekapur Sireh sangat berjaya dan terhibur. Penonton pada malam itu hanyalah warga TERAJU sendiri, merasa sangat terhibur, termasuk kakitangan KgStay itu sendiri. Sukaneka pada keesokan harinya juga berjaya dengan beberapa acara mengunakan permainan tradisional seperti tarik upih, boling kelapa dan banyak lagi. Kami juga sempat memancing di kolam ikan di dalam kawasan KgStay itu dan banyak ikan yang kami dapat, antaranya ikan patin, keli dan tilapia. Ahli TERAJU juga tidak melepaskan peluang mandi di sungai yang agak cetek terletak di belakang kawasan KgStay itu, sesuai untuk kanak-kanak dan tentunya kanak-kanak sangat gembira kerana ada diantara kami tidak pernah mandi di sungai sebelum ini. Tuan rumah telah memasak ketupat, deranan (dodol), rendang dan lemang di satu kawasan belakang KgStay itu dan TERAJU seronok melihat cara mereka memasak. Terdapat juga kandang binatang peliharan seperti ayam, arnab dan burung. Kanak-kanak sangat gembira kerana dapat memegang arnab di dalam kandang itu. Sebelum tiba magrib, kami telah adakan majlis usrah dimana Ustaz Pak Cha (juga ahli TERAJU) telah memberi ceramah selama kira-kira 1 jam di anjung rumah tradisional. Sejurus itu solat magrib berjemaah diadakan dan diakhiri dengan takbir raya. Mesyuarat Agung TERAJU diadakan selepas makan malam itu. AGM itu telah memilih AJK induk bagi penggal 2008-2010. Keesokan harinya (Hari Raya Aidil Adha) ramai ahli TERAJU lelaki telah pergi bersolat raya di masjid berdekatan dan acara ibadah korban seekor lembu diadakan selepas itu di kawasan KgStay itu. Tuan rumah juga turut membuat ibadah korban lembu pada pagi raya itu. Orang kampung datang beramai2 menjayakan acara persembelihan itu. Ramai juga warga TERAJU yang berani menyaksikan acara persembelihan itu. Hari Keluarga kami, telah diberi pengiktirafan dengan diberi sekeping Sijil Penyertaan setiap seorang oleh Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Sembilan, termasuk ahli TERAJU yang masih berumur 3 bulan. Selepas makan tengah hari kami mula meninggalkan KgStay dengan membawa seribu pengalaman yang indah. Kehadiran TERAJU di KgStay sebenarnya telah diketahui oleh ramai orang-orang kampung disitu, malah di kampung2 berdekatan juga. Maklumlah suasana kampung.. Seperti kita juga, tuan Rumah KgStay juga sangat berpuas hati dengan Hari Keluarga TERAJU, paling mengagumkan mereka ialah bagaimana kita bersatu dengan TERAJU. Syukur alhamdulillah, Hari Keluarga TERAJU 2008 bertemakan Berghayo Kek Kampung' mencapai matlamatnya. TERAJU mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB. Dato' Lilah bin Yassin, Ahli Parlimen Daerah Jempul, Pengarah Pelancongan Negeri Sembilan, Pengurus Besar Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Sembilan, Ketua Kampung Padang Lebar, Tuan rumah KgStay dan jemputan kehormat yang lain kerana memberi sambutan yang meriah buat TERAJU. Terima kasih juga diberi kepada Sdr Shaiful Bahri bin Dato' Saidin, Pengerusi Hari Keluarga TERAJU bersama AJK & biro-biro, dermawan luar & dalam TERAJU, penyumbang tenaga dan tidak dilupakan warga TERAJU kerana dapat menghadirkan diri serta menjayakan acara dwi tahunan kita ini.
Nota: Pihak KgStay juga telah memuatkan aktiviti bergambar Hari Keluarga TERAJU 2008 ini di dalam laman web mereka beralamat: http://kgstay.com/

JANGAN LUPA BERI KOMEN ANDA DI BAWAH INI


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net